
Tentang DiPAC
Asal usul
Maka adalah ditubuhkan suatu persatuan pelajar yang hendaklah dikenali sebagai “Persatuan DIPAC , Universiti Teknologi MARA” di bawah Seksyen 8, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
DiPAC merupakan satu persatuan akademik yang amat diperlukan untuk melahirkan dan membentuk pemimpin dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM. Teras pembelajaran yang luas dan memerlukan daya fikir para mahasiswa dan mahasiswi yang kreatif dan inovatif dapat melahirkan pemimpin yang bijaksana dan membangunkan anak bangsa. Dengan tertubuhnya persatuan ini, dapatlah ia berdiri dan menjalankan pelbagai program untuk membentuk integriti dan keyakinan diri dalam kalangan mahasiswa


Visi
Bertekad menjadi persatuan terbilang yang dapat melahirkan dan membentuk pemimpin dalam menerajui pembangunan dan kepimpinan dipersada antarabangsa.

Meningkatkan kualiti pencapaian , kebolehan , dan kemahiran secara produktif untuk melahirkan dan membentuk pemimpin yang berilmu dan berintegriti bagi menerajui pelbagai bidang.
Misi


Objektif
1. Merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa/i UiTM Kelantan.
2. Melahirkan Mahasiswa/i yang berfikiran kreatif dan lebih kehadapan.
3. Melahirkan Mahasiswa/i yang mempunyai strategi dalam sesuatu perkara.
4. Mewujudkan hubungan baik antara ahli dan masyarakat luar.
5. Melatih Mahasiswa/i dalam kepimpinan dan berorganisasi.
6. Mengharumkan nama UiTM Kelantan dengan kecemerlangan akademik.
